20110225

aku yang kini berada di dalam bilik bersendirian. memikirkan tentang masa hadapan. terkenang akan seorang sahabat yang amat aku rindui, yang kini berada nun jauh di sana. aku cuma nak kata
"wey aku rindu kau la"


dengan menggunakan celcom broadband atau lebih dikenali sebagai berukband yang amat lembab aku mengdownload software antivirus cetak rompak di world wide web. aku terpaksa berbuat demikian memandangkan ayah aku amat busy dengan bisnes pokernya di facebook.


daripada tadi aku tunggu sampai sekarang masih tak habis habis lagi. aku amat terkilan kerana line internet curi telah pun dimatikan. kalau tak lajunya mengalahkan wifi kat nurin. amat menyedihkan lagi apabila aku terlupa untuk mendownload WOW atau nama saintifiknya dota. okay jadi terpaksa lah aku main poker barbie doll kat laptop aku ni.


malam makin sepi. makin sejuk. aku tak mandi mandi lagi. kenyang makan ayam masak kurma yang dibeli oleh ayah di desa pandan. besok pagi kene bangun awal. cikgu ain dah mengamuk kat aku sbb tak pergi practice. last warning katanya. cuak wey.


aku tktau nak kata apa lagi. aku boring bye

No comments:

Post a Comment