20110315

wahai si peminta derma

muka kasihan meminta derma. baju berkoyak rabak membawa anak di pangkuan.
siapa yang tak kasihan. malangnya di sebalik mereka meminta derma keluar handphone N97 di kocek.
datang ke pasar malam untuk meminta derma menaiki kereta vios, gen 2. wallet taknak kalah. nak tebal je.. okay benda ni betul betul terjadi. depan mata. tak pelik ke?


bila kita tak bagi mula lah masyarakat kata "kedekut. setakat seringgit pun taknak bagi"
ada yang memaki hamun mengata "duit bukan boleh bawa mati. bukan boleh bawa masuk kubur"
okay hakikatnya memang betul. apalah sangat duit seringgit tu. tak kemana pun
tapi siapa yang suka bila kena tipu bang ooi. 


sekarang ni ada yang kata tu sindeket lah apa lah. ada kemungkinan.ada juga yang sihat tubuh badan tapi menjadikan meminta derma tu sebagai part time. okay tu bodoh. 


bukan apa. ni jadi kat ayah semalam. sakit hati lah juga bila dengar.
budak lingkungan umur 11-13 tahun minta derma. umpan kononya CD maher zain.
ayah ni jenis tak kisah. harganya sepuluh ringgit tapi ayah kasi lebih. tak kisah la kan.
balik balik ayah tunjuk kat aku. aku excited la nak dengar CD tu. then dia buka case tu tengok CD yang copyright tu. okay tak kisah lah kan. tapi mula lah terasa tak sedap hati. 


yang buat sakit hati lagi bila CD tu blank. seriously wth. sama je kau mencuri kalau buat macam tu. duit haram juga. haih yang best nya kecik kecik dah pandai tu. tapi tak boleh nak menuduh jugak kan.
mana lah tahu dorg burn then ada satu tertinggal ke apa ke kan. tak boleh nak kata apa apa juga
tapi kalau dia sengaja je buat macam tu, memang niat tak nak burn CD tu, memang haram lah duit tu. 


dahla kan benda dah lepas. nak buat macam mana. kau tipu kau dosa. senang. 
tapi jangan pula masyarakat nak salah kan orang yang kedekut bagi derma ni.
mungkin ada antara mereka yang tahu tu sindiket ke apa ke.kita tak tahu en? 


tapi kalau dah saje saje buat baju koyak rabak tu memang tak leh terima. 
then pegi lorong lorong kira duit sambil gelak. derrr. tak guna. mati pun tak apa.
mana aku tahu cerita ni? well aku ikut satu orang ni minta derma. sebab apa? sebab aku nampak kat tepi tepi tu ada phone N97. aku tak sedap hati. aku follow dari jauh. then nampak dia kira duit sambil gelak. walaweh. 
kalau ada phone time tu dah lama aku tangkap gambar. masuk berita. 


malangnya aku tak bawak phone time tu. =.=

No comments:

Post a Comment