Hai saya pakai seluar merah baru hari ni HAHAHA *tetiba
awakkk, nampak tak atas tu? awak kenal tak? tak? okay tunggu
dia girlfriend saya taw awak
awak jangan amik dia. saya sayang dia sgt sgt
dia baik gila selalu tolong saya sentiasa ada bila saya tengah sedih
she's my shoulder
bila dia tak ada saya rasa dunia saya punah musnah bagai ditelan ikan paus
dia lah segalanya bagi saya
Ameera Ayyuni saya sayang awak sampai saya mati
perhatian stalker seperti A'a : HAHA terkejut? tak percaya? sila lah percaya kerana apa yang dinyatakan di atas adalah benar belaka *zaman bila tah
okay saya tipu. jiwang tak ayat kat atas? jiwang kan? ala dulu time saya zaman muda mudi ada boyfriend
saya tulis sebiji sebiji macam apa yang saya tulis kat atas tu HAHA
tak boleh blah doh sumpah. time tu ah segala ayat jiwang tulis kat bawah gambar bagai
baby baby bagai hahah meremang pulak bulu tengkuk aku
ok ok dah
si perempuan kat atas tu sebenarnya pelakon theater. tak percaya? betul do
camni ah cerita. saya bubu dengan singa di atas tu kononnya semangat nak pergi uji bakat theater
ni semua bubu punya idea. HAHA lepastu en, pergi ah Istana Budaya
sampai sampai sana lengang gila. tak ada orang. al maklumlah hari jumaat
semua menjalankan kewajipan masing masing
so kiteorg menapak kat Istana Budaya tu, pergi cafe, naik tingkat atas pastu turun balik
macam jakun pergi sana, maklumlah kami baru datang KL ehem
blablabla, kitaorg pergi makan kat gerai depan Istana Budaya tu
blablabla lagi, lepas 2.30 ptg kiteorg kembali kat Istana Budaya dengan harapan ujibakat dapat dijalankan sebab makcik dgn pakcik guard tu kata datang lepas habis solat jumaat
sakit hati bgai tertusuk sembilu apabila pengurus tu kata yang ujibakat akan dijalankan pada hari Ahad
okay bye. memang time tu sedih sampai rasa nak cekik je pengurus tu
sayang nak tinggalkan Istana Budaya kiteorg duduk kat depan tu sebelah Information Counter
dengan harapan akan berjumpa dengan mana mana pengarah theater yang terdesak nak bagi kiteorg watak
dapat watak orang kampung pun jadilah
HAHAHHAHAHAHHAHHA macam bangang tunggu kat depan tu sumpah
last result A'a kata "jumlah pergi Andalus"
lepak lepak lepastu balik HAHA
kesian kan? kan kan kan? i knowwwwwwwww -.-
okay. minah atas tu kakak ipar saya lah kbai :P
A'a jangan marah. nanti aku belanja kau ketam kantin FAI eh. heeee

No comments:
Post a Comment